Teruskan usaha anda untuk menjana ringgit pertama anda di internet

Cara Buat Duit Melalui Internet


Pembekal Tongkat Ali

Khasiat Tongkat Ali

Ekstrak air dari Tongkat Ali ini bukanlah perangsang. Kesan afrodisiak dari Tongkat Ali berbeza-beza bergantung dari gaya hidup dan keadaan fizikal dan psikologi masing-masing orang. Eurycoma L Jack ( Tongkat Ali ) telah terbukti sebagai perangsang yang kuat terhadap Testosteron. Tumbuhan ini khususnya dikenali di Asia kerana kemampuannya meningkatkan kadar Testosterone lelaki sehingga 440%. Hal ini disebabkan oleh pengaruhnya terhadap keseimbangan hormon sehingga mencetuskan pengeluaran testosteron dalam badan secara semulajadi.


Ekstrak Tongkat Ali mengandungi komponen utama berupa bahan fenol tanin, polisakarida dengan berat molekul yang besar, glokoprotein, dan mukopolisakarida. Diyakini bahawa bahan-bahan larut air ini secara semula jadi berkhasiat untuk meningkatkan keupayaan untuk merangsang pengeluaran testosteron dan untuk menjaga kesihatan. Ekstrak serbuk Tongkat Ali adalah perangsang seksual semula jadi yang direka untuk meningkatkan stamina seksual, merangsang dan menyuburkan sehingga wajar dikenali oleh masyarakat Malaysia, Thailand, dan Indonesia. Tongkat Ali dikenali sebagai ubat kuat atau ubat perangsang seksual. Testosteron merupakan salah satu hormon utama dari pelbagai hormon seks lelaki atau androgen yang dihasilkan oleh kelenjar-kelenjar gonad.


Testosteron juga berperanan dalam memperkembangkan dan mempertahankan keinginan seks dan tingkah laku lelaki. Testosteron juga mempunyai peranan non seksual lain dimana Ia memenuhi fungsi penting dalam biosintesis protein untuk mempercepatkan pembentukan otot, meningkatkan pembentukan sel darah merah. Mempercepatkan masa pertumbuhan semula dan pemulihan dalam kecederaan. Testosterone juga merangsang seluruh aktiviti metabolisma khususnya pada jalur metabolisme dan pembakaran lemak. Penyelidikan menunjukkan bahawa selama tempoh akil baligh, pengeluaran Testosteron yang tertinggi sepanjang hidup seseorang lelaki adalah pada umur 25 tahun dan menurun secara stabil seiring umur bertambah. Beberapa kajian klinikal menunjukkan bahawa secara umum, pengeluaran Testosteron menurun sebanyak 2% setiap tahun bermula pada usia umur 30 tahun. Pada usia 60 tahun, Testosterone yang dihasilkan hanyalah sebanyak 45-50%. Penurunan yang lebih tinggi berlaku pada perokok tegar dan peminum arak.


Tongkat Ali secara semulajadi merangsang testes untuk menghasilkan testosteron dengan cara merangsang hipotalamus dan kelenjar penghasil hormon dan BUKANNYA menambah testosteron dari luar. Testosteron buatan (hormon steroid anabolik) memang boleh membekalkan testosteron untuk tubuh, namun dapat mengganggu seksualiti lelaki, seperti pengecilan zakar dan testes. Jika kadar testosteron ditingkatkan, hormon-hormon seks seperti androgen dan estrogen akan memerintahkan tubuh untuk menghentikan pengeluaran. Dengan menggunakan tongkat ali, tubuh akan terus menghasilkan testosteron ke tahap yang tinggi. Kerana testes penuh dengan testosteron, zakar dan buah zakar akan membesar.


Peningkatan sintesis hormon akan memerlukan waktu hingga kesannya kelihatan. Manfaatnya akan semakin terasa seiring waktu penggunaannya. Kesan terbaik akan terasa dalam 1 minggu jika digunakan dengan cara yang betul. Ketika kadar testosteron meningkat dalam tubuh, kesihatan dan gaya hidup juga akan akan meningkat. Tongkat Ali tidak berfungsi seperti afrodisiak lain yang berkhasiat instant. Tongkat Ali perlu digunakan secara teratur dalam jangka masa tertentu.





www.iklanekamaya.com - Iklan classified PERCUMA - Jom! Letakkan iklan anda SEKARANG‎. Tapak iklan PERCUMA di alaf21. ,

No comments:

Post a Comment